Tuesday, October 30, 2012
Kilang Pointray Sdn Bhd Dijangka Keluar Produk Berasaskan Kenaf Tahun Depan
Kilang Pointray (Malaysia) Sdn Bhd, milik Bumiputera, yang beroperasi di tapak perindustrian Gong Medang dekat Kampung Raja, di sini akan mula mengeluarkan produk peralatan rumah dan perabot berasaskan pokok kenaf, untuk pasaran dalam negara mulai Januari tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Maziah Musa berkata kilang, yang mengguna pakai teknologi Jerman, bagi menghasilkan produk dari kenaf, dibina pada harga RM18 juta.
Pengeluaran produk berasaskan pokok berkenaan dilihat berpotensi tinggi untuk dimajukan di negara ini kerana perusahaan penanaman pokok kenaf semakin meningkat, terutamanya di negeri Pantai Timur selain Kedah dan Perlis, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang itu oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Besut semalam.
Produk yang diperbuat dari kenaf dijangka mampu mendapat permintaan tinggi dari pelanggan memandangkan ia menghasilkan kualiti produk yang baik berdasarkan penggunaan teknologi tinggi yang diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment