Wednesday, October 24, 2012

MB Terengganu Mahu Pegawai Kerajaan Penuhi Aspirasi Rakyat


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu penjawat awam peringkat negeri memastikan tanggungjawab yang dilaksana mereka memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya, sebagai barisan hadapan kerajaan negeri, mereka harus memastikan segala pentadbiran kerajaan terutama pelaksanaan dasar berjalan lancar.

"Pegawai tadbir negeri ada tanggungjawab besar dan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan awam negeri," katanya berucap menutup program Peningkatan Kemajuan Kerjaya dan Sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Johor di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Terengganu muncul juara dalam kejohanan sukan membabitkan empat negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment