Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 31,000 bungkusan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha kepada Lembaga Tabung Haji untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah.
Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula menyampaikan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha untuk diagihkan kepada
800 petugas Tabung Haji di Makkah kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji Rozaida Omar.
Program yang julung kali diadakan itu adalah sumbangan melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan sebagai tanda ingatan Najib dan isteri.
Turut hadir Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman.
Difahamkan, bungkusan tersebut akan dihantar ke Jeddah, Arab Saudi malam semalam, sebelum diagihkan kepada jemaah haji dan petugas Tabung Haji di Makkah.
No comments:
Post a Comment