Tuesday, October 30, 2012

MB Hadir Majlis Permuafakatan Pelajar SPM, STPM Dungun


Terengganu sememangnya telah diketahui umum tentang kehebatannya di bidang pendidikan yang mana setiap tahun menjadi juara dalam pepriksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Ini merupakan berkat kerja kuat Kerajaan Negeri Terengganu, guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Seramai 1600 pelajar dan ibu bapa dalam daerah Marang tidak melepaskan peluang untuk bertemu mesra dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, di Dewan Majlis Daerah Marang semalam.

Majlis ini turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Alor Limbat,  Alias Abdullah; Pegawai Daerah Marang; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu; Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pelajaran Daerah Marang dan ketua-ketua jabatan.


Menteri Besar berharap tahap pendidikan pelajar dalam daerah Marang akan terus meningkat daripada hasil usaha 3,000 guru dalam daerah berkenaan.

Guru-guru diminta jika dapat mainkan peranan dengan betul.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Terengganu amat fokus dan menitikberatkan pelajaran anak-anak dan ia terbukti apabila setiap bajet dibentangkan satu jumlah yang besar di peruntukkan bagi sektor pendidikan.

“Kerajaan negeri banyak menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar-pelajar termasuklah e-book dan biasiswa serta bantuan permulaan kepada calon-calon yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA,IPTS dan sekolah berasrama penuh,” katanya.

Beliau berharap Ibu bapa dan para pelajar dapat bersyukur kepada Allah s.w.t dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan

Teganukita

No comments:

Post a Comment