Tuesday, October 30, 2012

Pusat Hemodialisis - Prihatin Tengku Besar Terengganu


 
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan Pusat Hemodialisis Prihatin Tengku Besar Terengganu (PHPTBT) di Hotel Primula Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Turut mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Pengerusi Seumur Hidup PHPTBT, Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al Saggof.

Keberangkatan baginda disambut, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
 

Baginda turut berkenaan berangkat pada Majlis Santapan Amal sempena pelancaran pusat hemodialisis itu.

Dalam pada itu, Pengerusi PHPTBT, Dr. Le Hong Bio berkata, pusat hemodialisis itu akan beroperasi awal tahun depan bagi membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan.

Katanya, pusat hemodialisis yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada golongan itu menyediakan sebanyak 20 mesin hemodialisis yang bakal ditempatkan di pusat itu yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin dekat sini tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment