Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan terbunuh apabila motosikal yang dibonceng bersama rakan sekolahnya terbabit dengan kemalangan di Jalan Batu Tumbuh dekat Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, Alor Lintang awal pagi Khamis.
Ketika kejadian pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa Aiman Hakimi Zainuddin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut selepas empat jam lebih bertarung nyawa ketika dalam rawatan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata sebelum kejadian,mangsa bersama rakannya yang menunggang motosikal itu Mohd Sihar Yusof, 17,sedang dalam perjalanan menunju ke sekolah mereka yang terletak kira-kira satukilometer dari tempat kemalangan
"Difahamkan Mohd Sihar telah memotong sebuah kereta berhadapan kawasan IKM Alor Lintang tetapi telah terbabas dan pada masa yang sama, datang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang kakitangan Majlis Daerah Besut dari arah bertentangan.
"Kakitangan awam itu gagal mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan hingga kedua-dua pelajar itu terpelanting," katanya kepada pemberita di semalam.
Kamaruddin berkata kedua-kedua pelajar tersebut telah dikejarkan ke HospitalDaerah Besut untuk menerima rawatan tetapi Aiman Hakimi yang cedera di kepala akibat hentakan di atas jalan raya telah meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis.
Mohd Sihar pula hanya mengalami luka di jari tangan dan lutut manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
No comments:
Post a Comment