Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Hari Terbuka Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu, yang berlangsung selama empat hari bermula kelmarin.
Pengarah kampus, Ghulam Sarver Mobarak Ali berkata, program yang dijalankan itu bagi mengeratkan hubungan antara pihaknya dengan masyarakat setempat selain untuk memberi pendedahan mengenai perkembangan kampus.
Dalam masa sama, katanya, usaha itu dapat menarik minat mereka untuk menyertai pelbagai aktiviti dirancang ke arah memantapkan pemikiran bakal guru dan komuniti setempat.
''Sebelum ini kami pernah menganjurkan beberapa program dengan hanya penglibatan dalam kalangan warga kampus.
''Namun, kali ini melibatkan masyarakat setempat dengan pelbagai pengisian seperti Malam Simfoni Islam, pertandingan mewarna, dikir barat, sukan rakyat, wacana minda, kursus asas imam dan bilal serta Pidato Piala Za'ba," katanya ketika ditemui.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Tepuh, Muhammad Ramli Nuh.
No comments:
Post a Comment