Friday, October 26, 2012

Pelumba TSG Dua Kali Naik Podium Pada Jelajah Hainan 2012


Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) memulakan musim baru Jelajah UCI Asia 2012/2013 dengan cemerlang apabila menaiki podium pada dua peringkat Jelajah Hainan di Wengchang, China.


Mohd Saufi Mat Senan muncul juara pada peringkat kedua perlumbaan sejauh 145.6km dari Wanning-Wenchang Ahad lepas manakala Harrif Salleh muncul naib juara peringkat ketiga sejauh 194km dari Wengchang-Haikou pada Isnin lepas.

Peringkat pertama sejauh 112.7km dari Sanya-Lingshui-Xinglong dimenangi oleh pelumba Russia Leonid Krasnov.

Pada peringkat keempat semalam, pelumba negara Annuar Manan daripada pasukan Champion System Pro Cycling Team muncul naib juara pada saingan sejauh 163.9km dari Haikou-Chengmai.

Manakala Harrif pula menduduki tempat kesembilan pada peringkat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan menyifatkan keputusan semasa Jelajah Hainan itu membanggakan dan berharap semua pelumba akan memberi persembahan terbaik pada perlumbaan sembilan peringkat yang akan berakhir Ahad ini.

No comments:

Post a Comment