Friday, October 26, 2012

Jabatan Penerangan Jelajah Terengganu Beri Maklumat Belanjawan 2013

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) akan menjelajah semua daerah di negeri ini untuk bertemu dengan kumpulan sasar sempena Program Penerangan Bajet 2013 bermula Oktober hingga Disember ini.

Penolong Pengarah JPNT, Mohd Iskandar Jaafar pada Khamis berkata pihaknya bertindak sebagai penyelaras kepada program penerangan belanjawan yang memfokuskan kepada kumpulan sasar belia, petani, nelayan dan golongan usahawan.

"Setiap kumpulan sasar berkenaan akan diberi penerangan oleh pegawai dari agensi dan jabatan yang berkaitan mengikut skop belanjawan yang akan dibincangkan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Sebelum itu beliau menghadiri majlis taklimat tengah hari JPNT kepada 80 pegawai perhubungan awam agensi dan jabatan kerajaan serta penghulu-penghulu mukim sekitar Kuala Terengganu.

Program penerangan itu akan diadakan di setiap daerah pada setiap minggu yang dijangka selesai sebelum akhir tahun.

No comments:

Post a Comment