Wednesday, October 3, 2012

Peniaga Terengganu Diseru Sertai Kempen 26 Pasar Raya Turun Harga Barang

Dr A Rahman lancar kempen Turun Harga Barang di Kuala Besut, Sabtu lalu.
emua peniaga di Terengganu diseru menyertai kempen menurunkan harga barang makanan oleh 26 pasar raya bermula semalam sehingga Disember ini bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr A Rahman Mokhtar berkata jika peniaga tidak mengikut langkah pasar raya itu dikhuatiri mereka akan kehilangan pelanggan.

"Langkah pasar raya itu telah dapat membantu rakyat sebagai pengguna mengimbangi kuasa beli mereka dalam peningkatan arus ekonomi sekarang," katanya di Kuala Besut, semalam.


Mengulas mengenai kempen penurunan harga barang itu, A Rahman berkata penurunan harga antara 60 dan 100 jenis barang makanan itu mendapat maklum balas positif daripada pengguna.

"Kami juga ada menerima tawaran daripada beberapa peniaga perabot dan pakaian yang akan mengadakan kempen penurunan harga tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di sini mendapati penurunan harga itu berjalan mengikut jadual, bagaimanapun masih ramai pengguna tidak menyedarinya.

No comments:

Post a Comment