Tuesday, October 16, 2012

Penjawat Awam Beri Respon Positif Kepada Pencegahan Rasuah

Langkah yang dilaksana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras jenayah rasuah memberi kesan positif dalam kalangan penjawat awam di Terengganu.

Pengarah SPRM Terengganu Md Yusof Md Zin berkata perkembangan sihat itu dilihat apabila semakin ramai penjawat awam berani tampil ke hadapan membuat laporan kepada SPRM jika mereka diberi suapan oleh pihak tertentu.

"Ini dapat dibuktikan apabila hampir 20 peratus penjawat awam di negeri ini tampil berbuat demikian kepada SPRM selepas mereka diberi suapan oleh pihak tertentu berbanding sebelum ini," katanya pada majlis dialog bersama MCA Besut di malam kelmarin.

Beliau berkata peningkatan kesedaran itu perlu dipuji dan dijadikan contoh oleh orang ramai, kerana sebelum ini gejala rasuah sering dikaitkan dengan penjawat awam.

"Oleh itu pemberi rasuah jangan ingat selepas memberi suapan mereka akan terlepas kerana penjawat awam kini tidak akan berdiam diri sebaliknya perkara itu akan dilaporkan terus kepada SPRM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya.

No comments:

Post a Comment