Tuesday, October 23, 2012

Penjawat Awam Diminta Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, meminta penjawat awam supaya peka dengan tuntutan semasa kerajaan dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
 
Katanya, mereka perlu faham bahawa segala perancangan yang dilakukan kerajaan adalah selaras dengan kehendak pucuk pimpinan.

“Komitmen semua penjawat awam amatlah diperlukan oleh kerajaan di dalam melaksanakan dasar yang dibuat kerajaan.

“Pelaksanaan dasar yang berkesan hendaklah diperkukuhkan dengan penilaian dan pemantauan berterusan, berlandaskan kepada matlamat untuk memenuhi kehendak rakyat dan pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Makan dan Penyampaian Hadiah sempena Program Peningkatan Kerjaya & Sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam semalam.


Hadir sama pada majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu, isterinya To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud.

Lebih 800 pegawai tadbir dari empat negeri iaitu Terengganu, Johor, Kedah dan Kelantan berkampung di negeri ini bagi menjayakan program yang berlangsung selama enam hari dan berakhir 22 Oktober itu. Tetamu istimewa,

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamda turut diundang bagi mengisi slot seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi, Budaya Kerja & Pemikiran.

Antara sukan yang dipertandingan, bola sepak, karom, golf, lawan ball, ping pong dan lawatan ke beberapa destinasi menarik di sekitar Kuala Terengganu. semua penjawat awam perlu memahami secara mendalam apa yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat pembuat dasar.

“Kita sebagai badan pelaksana dasar yang akan melaksanakan pelbagai program, tidak dapat lari daripada tanggungjawab dan akur kepada kehendak stakeholders, terutamanya rakyat.

“Berdepan dengan kehendak rakyat yang semakin meningkat dan mencabar, kita hendaklah menerapkan budaya kerja yang “excessive” iaitu bekerja lebih dari sepatutnya dan juga bersikap mesra rakyat atau mesra pelanggan,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment