Sunday, October 7, 2012
Perdana Menteri Lawat Bekas ADUN Kemasik
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang melawat Terengganu hari ini sempat meluangkan masa menziarahi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasek, Datuk Abu Bakar Ali, di kediamannya di Kertih.
Perdana Menteri dan isteri melawat bekas Adun Kemasik itu di rumahnya di Bandar Baru Kertih, Kemaman.
Najib meluangkan masa bagi bertanyakan khabar bekas Adun Kemasek itu yang terlantar sakit sejak lebih tiga bulan lalu.
Abu Bakar merupakan salah seorang veteran Umno Terengganu yang lama berkhidmat sebagai Adun iaitu selama lima penggal (terakhir bertanding di DUN Kemasek pada Pilihanraya Umum 2004 dan menang).
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan saf kepimpinan negeri turut menziarahi bekas pemimpin yang popular dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu itu.
Allah balas atas dunia krn buat aniaya pd orang. Hak org lain drampas. Memalukan org lain. Bagi pd kroni. Ingatlah doa org yg dzalimi itu tiada Hijab. Ini ke pemimpin yg nak dsanjung. Patutlah kaloh...
ReplyDelete