Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.031 juta bagi tahun kewangan 2010 hingga 2011 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menyerahkan cek zakat itu kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra yang mewakili (MAIK), di sini.
Menurut kenyataan PNB, Kelantan merupakan negeri keenam yang menerima zakat perniagaan PNB setelah Perak dan Pahang dengan masing-masing menerima RM7.197 juta dan RM5.255 juta, diikuti Johor (RM9.873juta), Sabah (RM8.627 juta) dan Terengganu RM6.124 juta.
Bagaimanapun, zakat perniagaan itu tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), menurut kenyataan itu.
Justeru pemegang akaun dinasihatkan melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan setiap unit amanah berkenaan, katanya.
No comments:
Post a Comment