Sunday, October 21, 2012
Manifesto BN Terengganu PRU13 Sejahterakan Rakyat, Tepati Janji
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menerajui Terengganu akan memfokuskan pembangunan yang menguntungkan dan memberi kesenangan kepada rakyat, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said. Ahmad.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata bagi merealisasikan hasrat itu kerajaan akan menumpukan pembangunan menerusi empat sumber utama negeri iaitu petroleum dan gas asli, industri polimer di Kerteh, bijih besi dan sektor pelancongan.
"Kesemua ini adalah antara manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan berdasarkan kemampuan yang kita ada, kita yakin ia dapat ditunaikan dalam usaha 'merakyatkan pembangunan'," katanya ketika merasmikan Bengkel Sub Manisfesto BN di Kuala Terengganu, semalam.
Selain itu, Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan merancakkan perkembangan sektor pendidikan agama dengan menambah bilangan Sekolah Imtiaz (sekolah agama berasrama) dan memastikan rakyat negeri ini mendapat pendidikan hingga peringkat tertinggi.
Katanya BN tidak sesekali akan menabur janji kosong yang tidak dapat ditepati demi menarik perhatian rakyat kerana manifesto adalah janji yang perlu ditunaikan sekiranya, rakyat memberi mandat kepada BN.
No comments:
Post a Comment