Thursday, October 11, 2012

PPNT Perolehi Lebih RM1.14 Juta Dari Pelaburan Saham

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah berjaya memperolehi pendapatan lebih RM1.14 juta melalui pelaburan saham pada tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lepas.

Pengerusi PPNT Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata jumlah itu merupakan hasil yang memberangsangkan berbanding RM698,000 pada 2010.

"Pendapatan saham kita tahun lepas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan kita secara keseluruhanya."


"Pelaburan kita meliputi saham tersiar harga dan saham mewah sebanyak lebih 4.91 juta unit dengan nilai lebih RM1.25 juta," katanya semalam.

Beliau berkata saham anak syarikat dan bersekutu pula adalah lebih 4.43 juta unit bernilai lebih RM4.68 juta.

No comments:

Post a Comment