Thursday, October 11, 2012

Terengganu Mahu Perluas Salak Mardi

Terengganu yakin dapat menjadi pengeluar utama salak klon terbaharu yang dihasilkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) iaitu 'Salak Terengganu'.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu, Ashaari Idris berkata keistimewaan klon itu ialah ia lebih berkualiti berbanding salak tempatan yang dibiak melalui biji benih.

Beliau berkata selaras dengan penghasilan klon terbaharu itu, kerajaan negeri akan mengadakan program pemuliharaan ladang salak seluas kira-kira 12 hektar yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh petani di seluruh Terengganu.


"Kajian yang dijalankan Mardi berjaya mengenal pasti tiga jenis klon terbaik Salak Terengganu (ST) iaitu ST1, ST2 dan ST3.

"Baka terpilih yang dinilai sebagai berpotensi dan sesuai untuk ditanam secara komersil ialah klon tiga jenis ST itu dan usaha pembiakan klon untuk disebarkan kepada petani telah pun dijalankan," katanya.

No comments:

Post a Comment