Wednesday, October 3, 2012

Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Bersama Warga Istimewa


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Bersama Warga Istimewa sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-50 Hari Keputeraan Sultan Terenggau di Perkarangan Istana Maziah, Kuala Terengganu semalam.

Berkenan berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Haji Embong Awang dan Dato’ Dr Alias Abdullah serta Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah.




Sebaik majlis santapan selesai baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan wang kepada 486 orang terdiri daripada warga emas, fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal.


Mereka ini mewakili lapan Parlimen iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut yang masing-masing menerima RM500 seorang.

No comments:

Post a Comment