“Pelbagai bantuan telah disalurkan bagi mengubah taraf hidup rakyat
bermula daripada bantuan pakaian sekolah, pemberian percuma e-book,
bantuan menyambung pelajaran ke institusi pendidikan tinggi, penyakit
kronik, kebajikan, bencana alam sehinggalah penyediaan tempat tinggal
yang selesa...”
- Sultan Mizan Zainal Abidin
“Beta percaya dan yakin melalui perancangan rapi kerajaan, lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan serupa akan dicapai dalam bidang yang lain pada masa hadapan, InsyaAllah,”.
Titah baginda, rakyat perlu memupuk budaya berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan dan usaha yang dilakukan dan pada masa yang sama budaya meminta dan mentaliti subsidi perlu dikikis segera di kalangan rakyat.
“Beta percaya dengan usaha murni ini kerajaan mampu membantu mengurangkan taraf kemiskinan rakyat terutama golongan miskin tegar yang dianggarkan 603 ketua isi rumah dan 7,579 ketua isi rumah golongan miskin,” titah baginda.
Dr. Ali Hamsa dikurniakan pingat. |
Seramai 294 orang menerima pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-50 keputeraan Sultan Mizan termasuk Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu.
Antara kejayaan Trengganu kini ialah mengekalkan kecemerlangan akademik dalam UPSR selama 11 tahun berturut, PMR, SPM dan STPM masing-masing selama empat tahun berturut dan juga menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) empat tahun berturut sekali gus meletakkan nama Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu dan kuasa baru sukan di negara ini.
Sultan Mizan juga menghargai usaha kerajaan yang menitikberatkan kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup rakyat .
“Pelbagai bantuan telah disalurkan bagi mengubah taraf hidup rakyat bermula daripada bantuan pakaian sekolah, pemberian percuma e-book, bantuan menyambung pelajaran ke institusi pendidikan tinggi, penyakit kronik, kebajikan, bencana alam sehinggalah penyediaan tempat tinggal yang selesa,” titah baginda.
Sultan Mizan Zainal Abidin turut melahiran keyakinan, pelaksanaan projek perumahan mampu milik yang kerajaan sasarkan sebanyak 10,000 buah sehingga 2013 bagi golongan berpendapatan rendah akan tercapai dan iltizam untuk rakyat menikmati suasana kehidupan lebih baik akan menjadi realiti.
“Beta berharap kerajaan dapat mengambil langkah berjimat cermat dan berhemah dalam urusan pentadbiran negeri tanpa mengabaikan penekanan kepada kepentingan mengurangkan dan meringankan beban hidup rakyat,” titah baginda.
Selain itu Sultan Mizan menyeru rakyat bermuafakat bagi mempertahankan keamanan, kedamaian serta kestabilan yang wujud sejak sekian lama. Baginda mengingatkan, rakyat jangan sesekali merosakkan apa yang telah terbina dan terus berpadu menghadapi masa depan yang makin mencabar.
"Beta suka mengingatkan rakyat bahawa jangan kita lupa kemakmuran dan kedamaian yang telah digenggam.
"Rakyat hendaklah terus bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya, adat resam dan fahaman yang berbeza," titah baginda.
Sultan Mizan bertitah perpaduan merupakan keutamaan tertinggi dalam membentuk negara bangsa yang aman dan harmoni.
"Sejak akhir-akhir ini Beta perhatikan banyak isu-isu yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat.
"Adalah menjadi kewajipan semua pihak memelihara dan mengekalkan perpaduan dan kesatuan ummah yang sedia terjalin di negeri ini. Tanpa perpaduan kukuh, adalah sukar untuk rakyat menghadapi cabaran masa ini," titah baginda.
Sultan Mizan turut bertitah usaha strategik perlu dirangka bagi memastikan Terengganu menjadi destinasi pelancongan pilihan utama dan mahukan usaha menarik pelancong dipergiat selaras dengan Tahun Melawat Terengganu tahun depan.
Di samping itu, baginda mahu kerajaan negeri meningkatkan keberkesanan mekanisme perlaksanaan dan tahap teknologi untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Selain itu Baginda turut meminta rakyat Terengganu mengikis budaya dan mentaliti subsidi bagi membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi. Baginda bertitah untuk berubah, rakyat perlu berusaha dengan gigih dan jangan berharap kepada bantuan semata-mata.
"Bila dapat bantuan pula manfaatkanlah sepenuhnya dan janganlah disalahguna.
Di samping itu, rakyat perlu memupuk budaya berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan dan usaha yang dilakukan untuk mereka.
"Beta menghargai usaha kerajaan Beta yang menitikberatkan kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup mereka," titah Baginda.
Teganukita, Berita Harian & Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment