Thursday, October 11, 2012

Taklimaty Anugerah Hibiscus Perdana Menteri Di Kuala Terengganu, 23 OktoberMasuki Sesi Ke-10

Anugerah alam sekitar utama bagi perniagaan dan industri, "Anugerah Hibiscus Perdana Menteri", kini memasuki sesi kesepuluhnya.

Sesi 2012/2013 itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Che Abdul Rahim Nik pada 10 Julai.

Semua anggota sektor ekonomi dan organisasi dalam sektor perkhidmatan digesa menunjukkan komitmen, mendapatkan lebih banyak pengiktirafan, kredibiliti dan peluang perniagaan dengan menyokong dan menyertai anugerah tersebut.

Jawatankuasa penganjur akan mengadakan taklimat ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran penyertaan di kalangan sektor korporat, kata sekretariat anugerah itu dalam satu kenyataan.

Taklimat tersebut akan diadakan di Lembah Klang (16 Okt), wilayah utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis - 17 Okt), Johor (18 Okt), Sarawak ( 18 Okt), pantai timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan - 23 Okt), Sabah (23 Okt), Melaka dan Negeri Sembilan (30 Okt) dan Perak (1 Nov).

Tarikh akhir bagi pendaftaran penyertaan ialah pada 30 Nov.

No comments:

Post a Comment