Friday, October 5, 2012

Terengganu Rancang Buka Klinik Di Pulau Tarikan Pelancong

Kerajaan Terengganu bercadang mewujudkan klinik di pulau-pulau yang menjadi tarikan pelancong di negeri itu bagi membantu menjaga kebajikan pelancong selain penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pihaknya mengambil serius isu kebajikan dan keselamatan, memandangkan Terengganu terkenal dengan keindahan pantai dan pulau yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia.

"Dengan kemudahan itu, kebajikan atau keselamatan pelancong dan penghuni pulau akan lebih terjamin, kerana jika berlaku kemalangan mereka boleh mendapatkan rawatan sementara di klinik sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Cabaran Pulau Perhentian (PIC) 2012, semalam.

No comments:

Post a Comment