

"Dana ini meliputi modal pinjaman dan modal pusingan yang akan diberi kepada usahawan IKS sedia ada, malah YPU menggalakkan agar rakyat Terengganu terus menceburi perniagaan sebagai sumber pendapatan utama mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu.
Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 21,000 usahawan IKS di Terengganu.
"Selain YPU, rakyat Terengganu juga perlu merebut peluang dana sebanyak RM1 bilion seluruh Malaysia yang disediakan untuk pengusaha IKS seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini," katanya.
Mengenai ekspo itu yang bermula hari ini sehingga Sabtu, Azmi berkata sebanyak 114 pengusaha IKS mengambil bahagian dan daripada jumlah itu 73 orang dari Terengganu, 30 dari Kelantan dan 11 pengusaha dari Pahang.
Azmi berkata melalui ekspo itu, produk terbaik dari Terengganu akan dipilih untuk menyertai pameran di 'Showcase SDSI' peringkat antarabangsa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Disember ini.
"Matlamat kita untuk meningkatkan taraf hidup usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat seterusnya menjana sosioekonomi Terengganu berjaya dicapai dengan penganjuran ekspo ini," katanya.
No comments:
Post a Comment