Friday, October 12, 2012

Terengganu Senarai 8 Pelumba Serta GP Indonesia

Terengganu menyenarai lapan pelumba bersaing dalam Kejohanan Berbasikal Grand Prix Indonesia yang berlangsung antara 16 hingga 18 Oktober depan.

Ketua Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, pelumba berkenaan akan menyertai tiga kategori iaitu bawah 23 tahun, bawah 18 dan bawah 16 tahun.

"Bagi kategori bawah 23 tahun kami mempertaruhkan empat pelumba kanan iaitu Yusrizal Yusof, Nur Amirul Fakruddin Marzuki, Mohd Fahmi Irfan Zailani dan Che Ku Wafiuddin Che Zuki.

Dalam dua kategori lagi kita menghantar empat pelumba pelapis sebagai sebahagian program pendedahan.

"Pendedahan amat berguna kepada pelumba di mana mereka dapat merasai pengalaman bersaing dengan pelumba lain sebelum menyertai kejohahan yang lebih besar," katanya semalam.

Syed Mohd Hussaini berkata, kesemua atlet kini giat menjalani latihan intensif.

Katanya, menerusi latihan serta kejohanan yang pernah disertai semua pelumba, pihaknya mengenalpasti dan dapat memperbaiki kelemahan serta kekurangan pada pelumba dalam menghadapi kejohanan di Indonesia nanti.

"Saya yakin kesemua mereka yang diketengahkan ini mampu menggalas cabaran sekali gus mampu mengaharumkan nama bukan sahaja negeri malah negara semasa bersaing di Indonesia nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment