Thursday, October 4, 2012

Tumec Bersama Jabatan Perikanan Lepas Dua Juta Penyu Dalam 11 Tahun


Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang dengan kerjasama Jabatan Perikanan melepaskan lebih dua juta anak penyu pelbagai spesis dalam tempoh 11 tahun bermula 2001 dalam usaha melestarikan spesis itu untuk generasi akan datang.

Ketua Tumec Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Perikanan di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang dalam usaha memulihara empat spesis penyu di negara ini iaitu penyu Belimbing, Karah, Agar dan Lipas.

"Kami berjaya meningkatkan pendaratan penyu Agar di pantai Mak Kepit di Pulau Redang iaitu sebanyak 820 sarang pada tahun ini (sehingga 25 Sept) berbanding hanya 450 sarang pada tahun 1992," katanya kelmarin.

Beliau berkata Tumec berjaya meningkatkan jumlah pendaratan penyu di Pantai Teluk Mak Nik, Kamaman sebanyak 1,000 sarang setiap tahun bermula tahun 2009 berbanding hanya 400 hingga 600 sarang pada tahun 2000 hingga 2006.

Syed Abdullah berkata usaha pemuliharaan penyu ini akan diteruskan lagi secara besar-besaran dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

No comments:

Post a Comment