Keberangkatan baginda disambut Isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad bersama isteri To’ Puan Hajah Rosnani Ngah; Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Encik Zuhami Omar. Hadir sama, para pembesar negeri dan ketua-ketua jabatan turut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan.
Sebaik tiba, Sultanah Nur Zahirah mendengar taklimat yang disampaikan Encik Zuhaimi berkaitan latarbelakang dan profil organisasi STB.
Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 102 pelajar STB sebagai tanda prihatin kepada golongan itu.
No comments:
Post a Comment