Monday, October 8, 2012

Warga Emas Bermotosikal Maut Dilanggar Kereta


Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di Kuala Terengganu, petang semalam.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Che Rusilan Che Ya berkata, Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 petang.

"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh seorang wanita.

"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Che Rusilan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

No comments:

Post a Comment