Thursday, October 11, 2012

YPKT Bina Empat Taska Baharu


Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) merancang untuk membina empat Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) tahun depan bagi memenuhi permintaan tinggi daripada ibu bapa di Terengganu.

Pengarahnya, Shafaruddin Mustafa berkata empat Taska bernilai RM2 juta itu akan dibina di Binjai Rendah di Marang, Padang Hiliran di Kuala Terengganu, Kijal di Kemaman dan Dungun.

"Setakat ini kita ada 65 Taska dan pembinaan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan sejajar dengan permintaan mendadak daripada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Taska YPKT.

"Taska YPKT mempunyai pelbagai keistimewaan menyebabkan ia menjadi pilihan ibu bapa antaranya dilengkapi kamera litar tertutup dan penghawa dingin," katanya semalam.

Beliau berkata YPKT terpaksa menolak sebahagian besar permohonan ibu bapa kerana mengehadkan pengambilan dengan kuota seorang guru bagi setiap 10 kanak-kanak di kesemua Taska YPK.

No comments:

Post a Comment