Sebanyak 10 pasukan termasuk wakil media mengesahkan untuk menyertai kejohanan sukan perahu layar Motour Tourism Cup 2012 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong selama sehari Sabtu ini.
Kejohanan edisi keempat ini merupakan antara acara awal diadakan menjelang kejohanan antarabangsa Piala Monsun di venue yang sama mulai 3 hingga 8 Dis ini.
Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Terengganu, Mazshida Ruslal berkata pasukan yang mengambil bahagian mewakili badan bukan kerajaan, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri-Negeri serta sebuah pasukan media tempatan.
"Acara bertujuan untuk memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelayaran antarabangsa kepada para pelancong," katanya dalam satu kenyataan.
Kejohanan merupakan inisiatif Pejabat Pelancongan Terengganu dengan kerjasama penganjur T-Best Event Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment