Thursday, November 29, 2012

128 Plos Terengganu Tamat Latihan Kawad Tempur

Seramai 128 anggota dan pegawai polis Terengganu menamatkan Latihan Penyegaran Kawad Pengempur Ringan (LSF) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata latihan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 mahupun sebarang rusuhan.

"Mereka merupakan kumpulan pertama yang akan ke tempat kejadian sekiranya berlakunya kekecohan mahupun rusuhan di mana mereka bertindak mententeramkan keadaan dan jika tidak berjaya, kumpulan lain akan dipanggil bagi memberi bantuan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program selama 10 hari itu.

No comments:

Post a Comment