Terengganu mahu menggondol Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 tahun ini setelah 12 tahun menunggu.
Kali terakhir Terengganu menjadi juara ialah pada tahun 2000.
"Tahun ini kita telah layak ke suku akhir menentang Pahang hari ini. Kita berharap akan mencipta kemenangan untuk ke saingan seterusnya bagi misi kemenangan kali ini," katanya.
Terengganu akan ke Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini sebelum menerima kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 4 Disember.
Terengganu yang dikendali jurulatih Azhari Salim berjaya ke suku akhir setelah muncul naib juara Kumpulan D sementara Pahang yang juga juara bertahan muncul juara Kumpulan C.
No comments:
Post a Comment