Tuesday, November 6, 2012

14 Calon Di Terengganu Ambil SPM Di Hospital

Biarpun patah kedua belah tangan dan kaki kiri, namun Muhammad Suhaimi Baharuden, 17, tetap tabah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ini turut ditemani 11 calon yang lain.
Dia dimasukkan ke hospital setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Pulau Bahagia di sini sehari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

"Sedih memang sedih, tapi saya terpaksa kuatkan semangat untuk harunginya. Tambah pula saya terpaksa menjawab soalan dengan tangan yang masih bersimen," katanya ketika ditemui di hospital.

Nurul Suhana Ab Rahaman, 17, pula tidak menyangka sehari sebelum peperiksaan, dia ditimpa kemalangan ketika mahu mengambil ibunya yang bekerja di SMK Bukit Guntung di Kuala Terengganu.

Akibat kemalangan itu, anak kelima dari enam beradik ini retak tangan kanannya. Ibunya Raznah Udin, 47, turut menemaninya di hospital.

No comments:

Post a Comment