Banyak perbezaan pendapat antara pemimpin luar Terengganu dengan pemimpin tempatan di negeri ini mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semalam mendakwa reaksi Umno berhubung kenyataan Presiden Pas yang akan bertanding di Pekan menunjukkan mereka sudah mula bimbang kemungkinan kekalahan Perdana Menteri di kubu kuatnya.
Sedangkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Terenggau Datuk Seri Ahmad Said melihat kenyataan Hadi mahu bertanding di kawasan Parlimen Pekan, hanya satu gimik politik parti itu semata-mata.
Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kalau benar Abdul Hadi ingin bertanding di sana (Pekan), dia tidak perlu menunggu arahan parti kerana dia merupakan Presiden parti.
"Kenyataan itu merupakan gimik parti PAS saja. Tak payah layanlah. Kalau betul-betul dia nak bertanding, dia tak perlu tunggu arahan. Dia boleh kata dia nak bertanding di Pekan
"Tapi dia tidak akan buat (bertanding) kerana dia tahu kalau dia bertanding di sana, seolah-olah dia menempah maut.”
“Gimik politik dia kalau parti arah dia akan buat. Dia sebagai presiden partikan, kalau apa yang dia hendak, `saya hendak bertanding’..kalau tidak boleh, tidak bolehlah. Ini gimik ..sahaja. “Tidak payah layanlah..memang tidak betul ..Dia tahu dah (kesan tindakan itu) ..(sengaja) hendak `cari mati?’.
Semua itu gimik..sekadar `buat lawak ,” kata beliau.
Ahmad Said menyatakannya selepas majlis Rumah Terbuka Deepavali 2012 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Hadi kini adalah Anggota Parlimen Marang dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan jelas menggambarkan Umno takut 'kehilangan' Najib di Pekan.
Menurutnya, PR percaya dengan harapan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan di peringkat pusat.
"Ahmad perlu matang dan mengetahui sejarah kedudukan Najib pada pilihan raya umum tahun 1999 yang kemenangan beliau hanya 200 lebih undi, dan diselamatkan melalui persempadanan baru pilihan raya umum.
"Jadi kita rasa, Umno takut dengan Presiden Pas yang menyampaikan hasratnya untuk bertanding di Pekan baru-baru ini. "Kita juga percaya kepada kehendak rakyat dan kebijaksanaan rakyat untuk membuat keputusan serta pilihan," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.
Kelmarin Ahmad Maslan berkata pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.
Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut berpendapat bahawa Ahmad Maslan memperlihatkan kebimbangan kemungkinan Najib akan kalah. "Dia sendiri takut Najib kalah," katanya.
Pada majlis sambutan Deepavali itu, Ahmad Said turut meminta semua masyarakat India mengekalkan perpaduan dan keharmonian serta menolak anasir tidak sihat yang boleh meruntuhkan keamanan serta pembangunan yang sedang dikecapi kini.
Beliau turut menyeru masyarakat India supaya terus memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan negeri dan Pusat, serta menyokong kepimpinan Barisan Nasional.
Tak usah Pekan lah, keluar sikit dari Rhu Rendang dan Marang cukup lah...agak-agak Hj. Hadi berani ke ? Presiden PAS paling penakut dlm sejarah.
ReplyDeletekalau camtu..suruh najib bertemu dengan anuar ibrahim la..kalau betul najib sebagai PM dan no 1 umnobn. Test Power bertanding di Permatang Pauh..kalu brani la...
ReplyDelete