Wednesday, November 28, 2012

3 Sahabat Miliki Dadah, Hukum Gantung Jika Disabit Kesalahan


Tiga sahabat bukan sahaja terpaksa bermalam di tirai besi, malah turut berdepan hukuman gantung kerana disyaki memiliki dadah berbahaya.

Mereka menjadi buruan polis setelah disyaki aktif terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah kepada penagih di kawasan berdekatan sebelum ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Tanah Rancangan Felda Rasau Kerteh, minggu lalu.

Tiga suspek terbabit cuba meloloskan diri dalam serbuan dilakukan anggota polis bahagian siasatan jenayah narkotik, jam 3.45 petang tetapi gagal.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa botol plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dan beberapa paket plastik mengandungi beratus pil disyaki dadah jenis methampethamine.

Dadah terbabit dipercayai untuk dijual kepada penagih tempatan dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM10,000.

Suspek masing-masing berusia 27 dan 41 tahun adalah anak peneroka Felda, kini ditahan reman untuk siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mereka juga turut dikenakan dakwaan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM100,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes berkenaan

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment