Wednesday, November 28, 2012
Jeremy Koo Idam Sertai Piala Monsun Kali Ketiga
Pemenang kejohanan Malaysian Match Racing Circuit (MMRC) 2010 dan 2011 Jeremy Koo mahu mencipta kejayaan hatrik di peringkat akhir MMRC di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong bermula hari ini.
Mata yang dipungut dan dikumpul oleh enam pasukan yang bertanding dalam empat sirkit MMRC ini akan menentukan satu slot wildcard ke Piala Monsun, kejohanan akhir Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) dari 3-8 Dis.
Acara tiga hari ini akan disertai tiga juara lalu yang telah bertanding dalam Piala Monsun sebelum ini dan mahu mencuba peluang sekali lagi. Sambil mengidam penyertaan kali ketiga, skiper berumur 31 tahun ini yang mewakili pasukan KFC/Koo Racing Team (KRT) berkata beliau menjadi krew kapada kakaknya Tiffany Koo pada 2006 dan 2007.
"Jika saya layak untuk Piala Monsun tahun ini, ia adalah kali ketiga saya sebagai skiper. Saya akan mengatasi kakak saya Tiffany Koo yang mewakili Malaysia pada 2006 dan 2007.
"Ia adalah pengalaman yang berbeza sebagai krew dan skiper kerana sekarang saya bertanggungjawab kepada keseluruhan pasukan dan sedar kepentingan kepercayaan antara rakan pasukan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
No comments:
Post a Comment