Monday, November 5, 2012

45,000 Benih Ikan Dilepaskan Di Tasik Kenyir


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melepaskan 45,000 ekor benih ikan di Sungai Leban, Tasik Kenyir sebagai salah satu usaha dalam memastikan populasi spesis ikan air tawar tidak pupus di tasik itu.

Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud berkata, program kerjasama Jabatan Perikanan negeri itu sebagai tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan populasi semulajadi ikan berkenaan.


Katanya, pelepasan itu melibatkan tujuh spesis benih ikan termasuk 30,000 ekor lampan sungai selain baung, rohu, tenggalan, lampam dan jelawat.

“Program ini diharapkan dapat meningkatkan dan mengekalkan populasi semula jadi ikan di perairan tempatan khususnya Tasik Kenyir yang sememangnya terkenal sebagai destinasi popular untuk kaki pancing,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas Majlis Pelepasan Benih Ikan yang disempurnakan Menteri Besar, Dauk Seri Ahmad Said serta Exco Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw dan Exco Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Menurut Wan Mat Amin, sejak program itu diperkenalkan tahun 1995, sebanyak 215,000 ekor benih ikan pelbagai spesis telah dilepaskan ke tasik itu termasuklah 28,200 ekor pada tahun 2011 dan masing-masing 50,000 ekor pada 2010 dan 2009.

Pada tahun 2008 katanya, sebanyak 25,000 ekor benih ikan patin dan baung telah dilepaskan dan 6,800 ekor spesis temoleh dan siakap dilepaskan antara tahun 1995 hingga 1997

Teganukita

No comments:

Post a Comment