Saturday, November 10, 2012

70 Pil Kuda Dirampas Mengabang Telipot

Sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya menemui kira-kira 70 biji pil kuda dalam satu serbuan di Mengabang Telipot, pagi kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, polis telah membuat serbuan di sebuah rumah dan mendapati seorang buruh sedang lena tidur di rumah kenalannya.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui kira-kira 70 biji pil kuda di dalam poket seluar yang dipakai suspek yang berusia 23 tahun itu.

Difahamkan, ketika kejadian, suspek sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran polis yang membuat serbuan, hasil intipan dan maklumat tentang kegiatan penyalahgunaan dadah di rumah terbabit.

Ketika serbuan, seorang rakannya yang berusia 31 tahun turut berada di rumah berkenaan, namun tiada barang salah ditemui pada badan rakannya. Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati kedua-duanya positif methamphetamine, sebelum mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu,  semalam, Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan suspek berusia 23 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment