Saturday, November 10, 2012

Muzium Terengganu anjur pameran Islamik


Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan mengadakan pameran Islamik 2012 mulai 14 Nov ini.

Pameran 16 hari yang bakal mempamerkan konsep universal berkaitan Islam itu merupakan aktiviti penutup tirai tahun ini, kata Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Saberi Muda.

 "Pameran berkenaan akan diadakan setiap hari di Foyer LMNT," katanya.

Turut dipamerkan ialah sejarah kedatangan awal Islam ke Semenanjung, Al-Quran dan manuskrip, peralatan dan teknologi, senjata, tekstil, numismatik dan seramik, kraf dan senibina.

 Saberi berkata seni dalam Islam turut diketengahkan seperti alunan nazam, lagu rodat, nasyid dan alunan zikir-zikir. Sempena pameran itu, pihak muzium turut mengadakan beberapa acara sampingan seperti kuiz untuk pelawat, klinik Al-Quran dan klinik tulisan jawi.

No comments:

Post a Comment