Monday, November 12, 2012

Anwar Tidak Bertanggungjawab Terhadap Pengundi Permatang Pauh - Ahmad Said

 "Anwar mari Terengganu (menerusi program Jelajah Bas Merdeka Rakyat) jaja macam-macam, namun kawasan sendiri tidak terjaga...Dia tidak cakna akan kebajikan rakyat di Permatang Pauh.” - Datuk Seri Ahmad Said
 
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana tidak cakna akan kebajikan rakyat di Permatang Pauh.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak bertanggungjawab susulan ada rakyat di kawasannya itu tinggal di rumah daif.

“Semasa saya pergi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (pada 2008), saya sedih dan terkejut sebab di kawasan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, masih ada lagi rumah yang robek (rosak). Yang lebih daif ada antara rumah yang berlantaikan tanah liat.

“Atap rumah juga bukan sahaja bocor, malah sesetengahnya tidak ada atap langsung. Sebab itu waktu itu saya bagi bantuan rumah (kepada yang daif.) Anwar mari sini (menerusi program Jelajah Bas Merdeka Rakyat) jaja macam-macam, namun kawasan sendiri tidak terjaga,” katanya ketika ditemui pada satu program di Kijal malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Anwar ke negeri ini tiga hari lalu sempena Jelajah Bas Merdeka Rakyat, yang mana rombongan.

Anwar itu turut singgah menunaikan Solat Jumaat dan mengadakan program sembang rakyat di pekan Kerteh, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Kata Pengerusi Umno dan BN Terengganu ini, sebagai sebuah negara demokrasi, Anwar berhak ke mana sahaja dan bergantung kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai.

Sementara itu, Ahmad meminta rakyat Terengganu terus memberi sokongan kepada Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang agar kesinambungan pembangunan dan kebajikan yang dilakukan Kerajaan Negeri dapat diteruskan lagi.

“Sewaktu Pas memerintah Terengganu pada 1999, sebuah masjid pun tidak dibina (mereka),” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment