Wednesday, November 7, 2012

Azizulhasni Teruja Dapat Anak Perempuan


Jaguh  lumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang, 25, menyambut kelahiran anak pertama selepas isteri, Athiah Ilyana Abd Samad, 27, selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Ipoh, petang semalam.

Azizul pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman ketika ditemui di hospital berkenaan meluahkan perasaan bercampur baur menerima kehadiran ahli keluarga baru itu.

“Isteri saya dimasukkan ke hospital jam 2 pagi tadi (semalam) selepas mengadu sakit. Saya bimbang dan takut ketika itu, kalau boleh memang hendak tengok anak saya lahir dalam keadaan normal, namun apa boleh buat atas nasihat doktor isteri terpaksa menjalani pembedahan kerana saiz bayi yang agak besar.

“Dia masuk ke dalam bilik pembedahan kira-kira jam 5.50 petang dan doktor memaklumkan isteri selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.99 kilogram jam 6.30 petang,” katanya.

Menurutnya, memang sukar digambarkan perasaan ketika itu kerana begitu teruja menerima kelahiran anak sulungnya itu. “Perasaan itu seolah-olah lebih daripada menjuarai kejohanan dan tidak dapat saya gambarkan apabila bergelar seorang bapa. Syukur, kedua-duanya selamat.”

No comments:

Post a Comment