Wednesday, November 7, 2012

FRIM Seru Syarikat Korporat Jalankan CSR Di Luar Lembah Klang

Seorang kakitangan RTM turut menyertai prorgam FRIM di Setiu semalam.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menyeru syarikat swasta supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka bersama FRIM di kawasan luar dari Lembah Klang.

Ketua Unit Pengurusan Korporat FRIM, Norhayati Nordin berkata sehingga Okt tahun ini, pihaknya telah menerima dana dari 14 syarikat korporat yang menjalankan program kesedaran alam sekitar bersama FRIM.

"Program itu kebanyakannya tertumpu di Lembah Klang dan FRIM sangat berharap agar syarikat swasta dapat melakukannya di kawasan lain terutama di kawasan tanah yang bermasalah seperti di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penanaman 200 batang pokok spesies Bintangor Laut di stesen penyelidikan FRIM di Setiu, semalam.

Tanah di sepanjang pantai Terengganu dikategorikan sebagai tanah kepanasan melampau dengan kandungannya adalah 99 peratus silika yang tidak sesuai dibangunkan untuk aktiviti ekonomi pertanian komersial.

Kebiasaannya, syarikat swasta akan membeli pokok dari FRIM untuk ditanam di kawasan tertentu bagi tujuan pemuliharaan dan penghutanan semula kawasan yang bermasalah

No comments:

Post a Comment