Wednesday, November 7, 2012

Buruh Cekik, Belasah Isteri Guna Penyapu

Hanya kerana sedikit perselisihan faham, seorang buruh seperti dirasuk membelasah isterinya menggunakan penyapu dan turut mengugut membunuh mangsa ketika bertengkar di Kampung Paya, Teluk Ketapang, di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek berusia 22 tahun dipercayai mengamuk selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya yang juga berusia 22 tahun.

Menurut sumber, mangsa cedera di kepala dan suspek dikatakan mengamuk hingga awal pagi, malah turut mencekik isterinya ketika sedang tidur.

“Sebelum ini, suspek yang turut positif methamphetamine kerap mengamuk menyebabkan mangsa yang bimbang keselamatan dirinya dan ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, keesokan harinya iaitu kira-kira jam 10 pagi.

“Difahamkan pasangan terbabit tinggal di rumah tersebut bersama ibu bapa dan beberapa ahli keluarga suspek termasuk anak lelaki mereka berusia 13 bulan,” katanya.

Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment