Mahkamah Tinggi, di Kuala Terengganu, semalam menetapkan 14 November depan sebagai penentuan nasib dua beranak yang didakwa membunuh seorang penoreh getah dengan memaksa mangsa meminum racun kira-kira dua tahun lalu.
Sebelum ini, kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Muda Mohd di sebuah kebun getah di Kampung Lubuk Batu, Marang antara jam 10 hingga 11 pagi pada 19 Oktober 2010.
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat, manakala Mat Ubidi dan Kamarulzaman masing-masing diwakili peguam, Alias Abdullah dan Osman Bakar.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa diserbu sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan menoreh getah dan anggota badannya dipegang sebelum dipaksa minum racun.
Serangan dipercayai berpunca kerana mangsa menjalin hubungan intim dengan seorang wanita berusia 16 tahun yang juga isteri kepada seorang daripada penyerangnya
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment