Wednesday, November 28, 2012

Dua Rakan Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur


Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terenggau semalam, atas dakwaan merogol gadis bawah umur, 17 November lalu.

Tertuduh pertama, Mohd Latif Mat Ali, 20, dari Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di ladang sawit, Kampung Paya Akob, Kuala Berang, Hulu Terengganu, kira-kira jam 8.30 malam.

Dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima atau atau tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan disebut semula di Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu.

Rozianti turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, rakannya yang masih di bawah umur turut mengaku bersalah melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 31 Disember depan ditetapkan untuk laporan akhlak tertuduh yang dikategorikan sebagai pesalah juvana sebelum hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, seorang gadis berusia 15 tahun sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya meminta tolong selepas dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dalam ladang kelapa sawit.

Melalui SMS itulah, dia berjaya diselamatkan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Terengganu daripada terus menjadi mangsa nafsu serakah dua sekawan itu apabila mereka cuba mengulangi perbuatan terkutuk.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment