Wednesday, November 28, 2012

Golongan Putus Cinta, Kaki Ekor Mudah Ditipu


Golongan putus cinta, kaki ekor, warga emas dan pesakit adalah antara yang paling mudah terperangkap dalam jenayah komersial termasuk penipuan oleh bomoh dan tukang tilik palsu.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan di Kangar semalam.

Katanya, kebanyakan mangsa yang terpedaya sanggup menyerahkan wang mereka sehingga mencecah ribuan ringgit bagi mengubah nasib, mengubati penyakit atau menghindari nasib malang mereka.

Bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Negeri Perlis di sini semalam, beliau berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan perkhidmatan yang meragukan.

Ini kerana penjenayah sentiasa mencari mangsa yang terdesak atau ditimpa malang sebagai modus operandi mereka.

Syed Ismail berkata, penggunaan Internet secara meluas juga mendorong penjenayah mengambil kesempatan di atas kelalaian pengguna untuk menipu termasuk menganjurkan pembelian menerusi Internet.

No comments:

Post a Comment