Monday, November 26, 2012

Durian Runtuh - 112,636 Keluarga Peneroka FELDA Dapat Faedah



Selepas peneroka diikuti isteri kini generasi kedua FELDA pula mendapat nikmat durian runtuh fasa ketiga apabila kerajaan memberikan mereka RM5,000 kepada anak-anak peneroka yang tinggal di rancangan tanah terbesar itu.

Pemberian durian runtuh membolehkan seramai 112,636 keluarga mendapat manfaat daripada penyenaraian agensi itu di Bursa Malaysia pertengahan tahun ini.

Sebagaimana diumumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Naijb Tun Razak, ia bertujuan mempastikan warga FELDA mendapat faedah daripada penyenaraian di bursha berkenaan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji itu apabila RM563.2 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada keluarga peneroka FELDA di seluruh negara.

Sebelum ini keluarga peneroka FELDA tidak pernah bermimpi untuk menerima sejumlah RM15,000 daripada kerajaan sejak mereka tinggal di rancangan tanah berkenaan.

Malah, dengan pemberian itu warga FELDA dilihat mendapat lebih banyak manfaat daripada mereka yang tinggal di luar FELDA.

Bagi anak peneroka yang menghadapi masalah tempat tinggal Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan 4,000 unit rumah mampu milik melalui pelan transformasi Projek Sentuhan Kasih bermula awal Disember ini.

Menerusi program itu kerajan memperuntukkan RM120 juta bagi membolehkan warga FRLDA mendapat rumah kediaman lebih selesa selain meningkatkan pendapatan dan sosio ekonomi.

Rumah banglo yang dicadangkan itu berukuran 1,000 kaki persegi berharga RM70,000 yang dibina mengikut Sistem Pembinaan Industri (IBS) atau pasang siap.

Pengurus Wilayah Terengganu,Mohd Helmi Fakhzan Abd Wahab, berkata peneroka FELDA di Terengganu juga tidak ketinggalan menikmati kemudahan mendapatkan banglo berkenan apabila lima daripada 20 rancangan tanah FELDA negeri ini akan dipilih menerusi program berkenaan

Teganukita

No comments:

Post a Comment