Tuesday, November 13, 2012

Duyong-Perhentian Trail Tawar RM 20,000

Kerajaan negeri Terengganu akan menganjurkan kejohanan layar ”Duyong-Perhentian Trail” awal tahun hadapan.

Kejohanan yang julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Terengganu dan menawarkan hadiah RM20,000 itu melibatkan pelayaran dari Pulau Duyong, di Kuala Terengganu ke Pulau Perhentian, di Besut.

Tempoh pelayaran ialah lapan jam, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kejohanan seumpama itu mampu dijadikan platform untuk mencungkil lebih ramai bakat baru dalam sukan pelayaran.

Abdul Rahin berkata, kejohanan itu adalah antara program dalam Bulan Pelayaran Terengganu 2012 yang dilancar awal bulan ini.

Program Bulan Pelayaran Terengganu dimulakan dengan perlumbaan KFC Regata Monsun anjuran Persatuan Pelayaran Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Malaysia dan T-Best Events Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment