Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu telah memeterai 31 perjanjian persefahaman (MoU) ladang kontrak dengan petani di negeri ini dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata perjanjian itu melibatkan 112 peserta dengan kawasan seluas 152.47 hektar dan pembelian kuantiti hasil tanaman sebanyak 1,200 metrik tan.
"Komoditi utama pembekalan dalam kontrak itu ialah tembikai, ubi vitato dan sayur-sayuran.
"Malah Fama akan memperbanyak dan mengadakan beberapa lagi MoU ladang kontrak sebelum akhir 2012 bagi menampung keperluan dan permintaan yang meningkat," katanya.
Beliau menyatakannya selepas Majlis Penyerahan sembilan Motosikal Roda Tiga kepada peniaga dan usahawan terpilih seluruh Terengganu di sini hari ini.
Tahun lepas, Fama menandatangani 45 MoU ladang kontrak di Terengganu.
Menyentuh mengenai pencapaian jualan pasar tani di Terengganu tahun ini, Hasan berkata sehingga Ogos lepas, ia telah mencapai RM21.5 juta.
Beliau berkata pencapaian Agro Bazar tahun ini juga dilihat memberangsangkan apabila sembilan Agro Bazar yang ada di Terengganu mencatat jualan bernilai RM15 juta sehingga bulan ini.
No comments:
Post a Comment