Sunday, November 11, 2012

FRIM Mahu Usahakan Tanaman 'Jarak Pagar' Di Terengganu

Kerajaan negeri Terengganu akan mempertimbang permohonan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menjalankan projek tanaman 'jarak pagar' secara besar-besaran bagi penghasilan biodiesel.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan mengkaji permohonan bagi projek berimpak tinggi itu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri.

Sehingga kini, sebanyak 6,000 batang pokok spesies itu telah ditanam di stesen penyelidikan FRIM di Setiu dan terbukti pokok itu mudah ditanam tanpa sebarang ancaman dari haiwan atau cuaca. Frim berjaya menghasilkan biodiesel dari pokok jarak pagar pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment