|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama para penerima sumbangan pada Majlis Perhimpunan Generasi Baharu Felda di sini, Sabtu. Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (enam kanan) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (tujuh,kiri). |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyerahkan sejumlah RM563 juta durian runtuh kepada 112,635 isi rumah Felda di bawah fasa ketiga khusus untuk generasi muda peneroka.
Masing-masing akan menerima RM5,000.
Penyerahan itu dilakukan pada majlis Himpunan Generasi Baru Felda, yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam.
Agihan durian runtuh ini berdasarkan keuntungan selepas penyenaraian Felda Global Ventures di bursa saham.
Jumlah keseluruhan durian runtuh yang diberikan kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua adalah berjumlah RM1.689 bilion.
No comments:
Post a Comment