Saturday, November 17, 2012

Ismail Dinobat Tokoh Maal Hijrah 134H Terengganu

Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M Peringkat Negeri Terengganu bersama anugerah dan replika cek yang diperolehinya
Bekas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (Jaheat), Datuk Ismail Ali, 70, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M peringkat Negeri Terengganu.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan yang dianugerahkan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, klmarin.

Ismail pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya pada 1994 hingga 1998 dan berasal dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Manir dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

ini, beliau pernah berkhidmat sebagai guru pada 1964 hingga 1978 di Sekolah Menengah Agama Terengganu sebelum bergelar Pegawai Tadbir Agama Negeri Terengganu pada 1978. Kemudian pada tahun sama, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jaheat dan sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Pada 1980, beliau pernah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan pada 1989 dilantik jawatan Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Dakwah, Jaheat. Sebelum ini juga beliau pernah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang membawa gelaran datuk.

Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah, ingin meneruskan usaha dakwahnya. “Saya akan cuba tingkatkan terutama dari segi ilmu, (saya) dapati sekarang ini orang-orang yang terlibat dalam (aktiviti ) dakwah mempunyai ilmu yang tinggi. Saya masih ketinggalan.

“Dalam usia sebegini, (saya) masih ingin menelaah dan mencari pengalaman untuk menjadikan saya lebih berwibawa dalam berdakwah. Tokoh (anugerah) yang diberikan ini bukan bererti saya berhenti di sini, malah akan terus meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam berdakwah,” katanya

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment